Monday 9 April 2012

GELANGGANG GASING KAMPUNG SANGGANG, TEMERLOH

Pak Ngah Jais seorang penduduk di Kg. Sanggang Temerloh telah mengusahakan pembuatan gasing tradisional sejak 20 tahun yang lalu. Beliau mempunyai kepakaran bermain gasing dan bersedia memberi tunjuk ajar kepada sesiapa yang berminat untuk bermain permainan tradisional ini.

terdapat pelbagai jenis gasing yang di buat oleh Pak Ngah Jais. Di bengkel ini juga, beliau akan menunjukkan cara-cara membuat tali gasing dengan kaedah yang kreatif dan inovatif.Para pelawat atau tetamu yang datang pasti akan teruja untuk mengasah bakat dan bermain gasing dengan tunujuk ajar daripada anak buah Pak Ngah Jais. Selamat berkunjung ke Kg. Sanggang.

Aksi para tamu bermain gasing.

Pak Ngah Jais (tiga dari kiri) menerima penghargaan daripada pihak hos.

 
Gambar kenangan di gelanggang gasing.








Untuk maklumat lanjut, kunjungi :
http://lamanpahang.blogspot.com/2010/12/gasing-sanggang-mohd-jais-pak-ngah.html

Sunday 8 April 2012

SELAMAT DATANG TAMU PKS

KOPERASI SMK TEMIN TELAH BERJAYA MENGADAKAN SEBANYAK 11 PAKEJ PELANCONGAN PADA TAHUN 2011. ANTARA SEKOLAH YANG DATANG IALAH SMIMTIAZ KUALA TERENGGANU, SEKOLAH SAINS MUAR JOHOR, SEKOLAH AHMAD BOESTAMAM, PERAK, SMK BUYONG ADIL, PERAK DAN LAIN-LAIN. KAMI TELAH MENERIMA KUNJUNGAN DARIPADA MRSM KUALA TERENGGANU PADA BULAN FEB 2012 DAN YANG TERBARU DARIPADA SEKOLAH SUKAN BANDAR PENAWAR. TAMU SETERUSNYA IALAH SMK LAYANG-LAYANG KIRI, PARIT PERAK PADA 27 - 29 APRIL 2012.

LAWATAN BALAS SSTMI KE SMK TEMIN

SEKOLAH SUKAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL (SSTMI) TELAH MENGIKUTI PROGRAM PKS PADA 6 HINGGA 8 APRIL 2012. SERAMAI 30 ORANG PELAJAR DAN 8 ORANG GURU TERLAH HADIR SEBAGAI TAMU. PELBAGAI TEMPAT MENARIK TELAH DISEDIAKAN UNTUK MENYAMBUT KEDATANGAN TAMU DARI JOHOR INISEPERTI LAWATAN KE PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN TAMAN NEGARA DAN TEMIN KRAF. KESIMPULANNYA PARA TAMU AMAT BERPUAS HATI DENGAN LAWATAN YANG DISERTAI.












APA KATA TAMU??

SSTMI : Salam Cikgu, kami sampai dgn selamat jam 9.45malam... Lebuh Raya Utara Selatan jeemm... Jutaan penghargaan daripada pihak tamu... Program PKS SMK Temin terbaekkk... Taniah Cikgu. Bandar Penawar (7.18am, 9 April 2012)- Cikgu Haimi.



Tuesday 29 March 2011

PUSAT KONSERVASI GAJAH, KUALA GANDAH



Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah telah ditubuhkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) pada tahun 1989. Pusat ini merupakan ibu pejabat Pasukan Pemindahan Semula Gajah yang telah wujud sejak tahun 1974.

Unit Gajah merupakan satu pasukan yang unik di Malaysia di mana peranan utama unit ini adalah untuk menempatkan semula gajah-gajah liar yang habitatnya telah diambil alih oleh kawasan pertanian. Gajah liar ini akan ditempatkan semula ke kawasan-kawasan perlindungan seperti Taman Negara. Sejak 30 tahun yang lalu, pasukan yang dahulunya terdiri daripada 25 orang ahli telah berjaya memindahkan lebih daripada 450 ekor gajah liar di mana proses pemindahan ini bertujuan untuk meminimumkan risiko kepupusan yang berterusan.

Selain daripada berfungsi sebagai ibu pejabat untuk unit gajah, pusat ini juga merupakan tempat perlindungan bagi beberapa ekor gajah denak dan liar. Pusat Pemuliharaan Gajah Kebangsaan Kuala Gandah juga mempunyai matlamat untuk meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh gajah di Malaysia. Selain itu, pusat pemuliharaan ini menggalakkan kajian dan penyelidikan berkaitan teknik pemindahan semula dan konservasi gajah.

Pusat ini juga giat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar. Para pelawat digalakkan untuk menonton dokumentari tentang proses pemindahan semula gajah liar yang dilakukan pada 1996 dengan kerjasama krew National Geographic. Selain itu, program khas boleh disediakan untuk rombongan sekolah. Untuk program pelawat, sila merujuk kepada “Jadual Aktiviti Pelawat” di bahagian selanjutnya.

Gajah di Pusat Pemuliharaan
Pusat ini mempunyai beberapa ekor gajah tempatan yang dibawa masuk daripada Thailand dan Myanmar. Gajah-gajah ini dilatih dan digunakan untuk memindahkan gajah-gajah liar dari kawasan-kawasan yang bermasalah di seluruh Semenanjung Malaysia. Pusat ini juga memelihara anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya untuk memastikan anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya terus hidup.


TAMAN NEGARA PAHANG



PENDAHULUAN
Menikmati alam semula jadi adalah suatu pengalaman yang tidak dapat dibeli, apatah lagi melalui jurnal, buku-buku ataupun menonton rancangan National Geography  di rangkaian Astro mahupun RTM anda. Ia harus dinikmati sendiri dengan cara merasai pengalaman tersebut. Oleh yang demikian,  intailah peluang untuk melawat   ke Taman Negara, Jerantut, Pahang  bagi menimba sendiri  pengalaman sebenar tentang hutan tertua di dunia ini.

LATAR BELAKANG
Taman Negara yang dulunya dikenali dengan nama Taman Negara King George V telah diwartakan sebagai Taman Negara pada tahun 1938. Taman Negara terletak di kawasan seluas 4,343 kilometer persegi yang meliputi 3 buah negeri iaitu Pahang (2,477km persegi), Kelantan (1,043km persegi) dan Terengganu (853km persegi). Puncak tertinggi ialah Gunung Tahan pada ketinggian 2,187 meter dari aras laut. Hutan Hujan Tropika di sini masih lagi berstatus hutan primer adalah dianggarkan telah berusia 130 juta tahun dan menjadikan ia adalah Hutan Hujan Tropika yang tertua di dunia. Taman Negara ini sangat unik dari segi ekosistem dan bio-diversitinya didiami oleh perbagai spises fauna dan flora yang telah berevolusi secara semulajadi jutaan tahun duhulu tanpa diganggu.

LOKASI
Taman Negara yang ditadbir oleh Jabatan PERHILITAN mempunyai 4pintu masuk iatu melalui Kuala Tahan dan Merapoh di Pahang, Kuala Koh di Kelantan serta Tasik Kenyir di Terengganu. Kesemua pintu masuk melalui jalan darat kecuali di Tasik Kenyir melalui jalan air. Pintu masuk yang paling popular ialah melalui Kuala Tahan. Pelawat yang ingin mengunakan kenderaan awam boleh memilih mengunakan bas ataupun keretapi untuk ke sana. Di Jerantut pula pelawat boleh memilih untuk mengunakan bot menyusuri Sungai Pahang atau menaiki bas dari sana menuju ke Kuala Tahan. Jika pelawat mahukan suasana yang tenang dan tenteram bolehlah memilih untuk memasuki melalui Kuala Koh kerana di sana kurang pengunjung yang menginap.