PENDAHULUAN
Menikmati alam semula jadi adalah suatu pengalaman yang tidak dapat dibeli, apatah lagi melalui jurnal, buku-buku ataupun menonton rancangan National Geography di rangkaian Astro mahupun RTM anda. Ia harus dinikmati sendiri dengan cara merasai pengalaman tersebut. Oleh yang demikian, intailah peluang untuk melawat ke Taman Negara, Jerantut, Pahang bagi menimba sendiri pengalaman sebenar tentang hutan tertua di dunia ini.
LATAR BELAKANG
Taman Negara yang dulunya dikenali dengan nama Taman Negara King George V telah diwartakan sebagai Taman Negara pada tahun 1938. Taman Negara terletak di kawasan seluas 4,343 kilometer persegi yang meliputi 3 buah negeri iaitu Pahang (2,477km persegi), Kelantan (1,043km persegi) dan Terengganu (853km persegi). Puncak tertinggi ialah Gunung Tahan pada ketinggian 2,187 meter dari aras laut. Hutan Hujan Tropika di sini masih lagi berstatus hutan primer adalah dianggarkan telah berusia 130 juta tahun dan menjadikan ia adalah Hutan Hujan Tropika yang tertua di dunia. Taman Negara ini sangat unik dari segi ekosistem dan bio-diversitinya didiami oleh perbagai spises fauna dan flora yang telah berevolusi secara semulajadi jutaan tahun duhulu tanpa diganggu.
LOKASI
Taman Negara yang ditadbir oleh Jabatan PERHILITAN mempunyai 4pintu masuk iatu melalui Kuala Tahan dan Merapoh di Pahang, Kuala Koh di Kelantan serta Tasik Kenyir di Terengganu. Kesemua pintu masuk melalui jalan darat kecuali di Tasik Kenyir melalui jalan air. Pintu masuk yang paling popular ialah melalui Kuala Tahan. Pelawat yang ingin mengunakan kenderaan awam boleh memilih mengunakan bas ataupun keretapi untuk ke sana. Di Jerantut pula pelawat boleh memilih untuk mengunakan bot menyusuri Sungai Pahang atau menaiki bas dari sana menuju ke Kuala Tahan. Jika pelawat mahukan suasana yang tenang dan tenteram bolehlah memilih untuk memasuki melalui Kuala Koh kerana di sana kurang pengunjung yang menginap.
No comments:
Post a Comment